Thursday, February 17

This Is Me . ;)

Hai readers. Sekarang aku dah rajin nak bukak belog aku walaupun ianya tak cantik, tapi aku suka tengok. best. ceewaahh. Malam nie aku nak story sikit pasal diri aku. Yelah, aku mana penah story pasal diri aku kan? Okay, malam nie aku nak setory sikit kat all readers yang comel comel belaka nieh. *kembang lah tu kan? Nie malas nak puji kau. Okay, cukup itu nad. Jangan lari dari title post kali nie. Okay, lets read ! Have fun ! ;)

Perangai pertama. Kiranya perangai yang selalu aku lakukan adalah menangis. omgeeee. Malu lah nak setory. Okay,tipu. Hati aku nie lembut lah cenggitu. Tak boleh tengok orang menangis, tak boleh dengar lagu sedih, tak boleh tengok video sedih dan lain lain. Kiranya aku nie cepat touching gitu. ;D

Kedua, aku nie jenis cepat marah. hot-tempered gitu. Tapi, korang kena hati-hati sebab bila aku marah, aku akan mencarut-carut. Kau tak nak dengar aku buat cenggitu kat kau kan? So, jangan buat aku marah. hehehehehe. 

Ketiga, aku kuat tido. Best derr. Tiap hari, *takder lah tiap hari. Tapi mostly everyday lah kan, balik sekolah je, aku solat, makan, tengok tv kejap then tido lah sampai maghrib. tipu. 

Keempat, aku suka online Facebook . Mostly, everyday lah. Lepas aku balik sekolah, lepas bangun tido petang tu and malam selepas dah siapkan homeworkSSSS aku. Lepastu kemas beg, tengok tv + makan then baru online. 

Kelima, aku suka bergosip . hehehehehe. Itu memang hobi aku bila aku jumpa besties aku. hahahaha. Tapi, lepas aku 'buat dosa' , aku taubat lah balik tuu. hahahahaha. ;D

Keenam, aku suka topup + texting kawan aku. Busan derr kalau tak text dia. Macam sunyi. ceeww. Tapi, kadang kadang, sakit hati jugak text dia. Dia suka tengking-tengking aku. Sedih(!) ;(

Ketujuh, aku suka tengok tv tak pun tv yang tengok aku. hehehehehe. Aku suka tengok citer Hani kt TV3, Dia Atillia kt Astro Prima, Awan Dania kat Astro Ria, Kau dan Aku Siri 2 kat Astro Ria, Cinta dan Anugerah kat TV9, Kejora dan Bintang kat Astro Ria, Begitukan Cinta kat TV3 dan lain lain. ;D

Kelapan, aku suka makannnnn. Sedaapppp. hahahahaha. Siapa tak suka makan kan? Kalau tak makan, mati lah kau. tipu. tak der lah sampai mati, pengsan dulu, baru mati. cukup, dah jangan nak merepek. 

Kesembilan, aku suka usha mamat handsome. Seksa aku tengok mamat handsome lalu depan aku. Tapi, aku still tau malu lah. Aku tak ada lah sampai panggil mamat tu, then cakap, 'You, minta nombor phone? Tak pun alamat Facebook.' Gilo! 

Kesepuluh, aku suka jadi papparazi. Kau faham tak maksud 'papparazi' tu? Okay, meh aku terang kan. Maksud aku, aku nie suka usha couples yang tengah dating lepastu lepastu, drg pegang-pegang tangan ke, peluk-peluk ke, cium-cium ke. Best derr. Lepastu lepastu, aku story kat besties aku. ;D

Kesebelas, aku suka dengar lagu. Kadang kadang aku dengar lagu shuffle, kadang kadang lagu jiwang. cewww. tak boleh belah. Lagu Hindustan pun aku layan jugak. hehehehehehe.

Keduabelas, aku suka offline belog. hahahahaha. okay, aku rasa itu je kut. hehe. lupa sudah perangai aku sendiri. okay, enjoy read this okay? byess. ;) 
      

Peminat Naddy :)